Privasi Polisi

Polisi ini menjelaskan bagaimana Selera Tepi Sungai (200103062201 / KT0154990-A) mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi pelanggan yang menggunakan laman web kami.

1. Pengumpulan Maklumat

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi berikut apabila anda menggunakan laman kami:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon dan alamat e-mel
  • Tarikh dan masa tempahan
  • Maklumat lain yang diberikan melalui borang tempahan atau mesej WhatsApp

2. Tujuan Penggunaan Maklumat

Maklumat yang dikumpul digunakan untuk:

  • Memproses dan mengesahkan tempahan
  • Menghubungi pelanggan bagi urusan tempahan atau pertanyaan
  • Tujuan rekod dalaman dan penambahbaikan perkhidmatan
  • Menghantar promosi atau maklumat berkaitan (jika anda bersetuju)

3. Perlindungan Maklumat

Kami komited untuk memastikan data anda selamat. Segala maklumat yang diterima akan disimpan secara sulit dan tidak akan dijual, disebarkan, atau dikongsi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

4. Akses dan Pembetulan

Anda berhak meminta salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan dan membuat pembetulan jika terdapat kesilapan.

5. Cookies

Laman kami mungkin menggunakan “cookies” untuk meningkatkan pengalaman pelawat. Anda boleh menolak cookies melalui tetapan pelayar, namun beberapa fungsi laman mungkin tidak beroperasi dengan sempurna.

6. Pautan Luar

Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman luar. Kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi laman tersebut.

7. Persetujuan

Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan cara pengumpulan dan penggunaan maklumat seperti yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini.

8. Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan Terma & Syarat atau Polisi Privasi ini, sila hubungi kami di:

📍 Selera Tepi Sungai – No. Pendaftaran: 200103062201 (KT0154990-A)
📞 Telefon: 09-9558966 / 012-8387579
📧 Emel: seleratepisungai@gmail.com
📍 Alamat: Lot 667, Kampung Tepi Sungai, 17500, Tanah Merah, Kelantan.

Tempahan
Scroll to Top